Connect with us

Isu Semasa

[8 OGOS 2021] PM Mahiaddin Yassin umum kebenaran rentas negeri dan daerah untuk 2 DOS VAKSIN

Published

on

kebenaran rentas negeri

[dropcap]P[/dropcap]erdana Menteri Malaysia Tan Sri Mahiaddin Yassin hari ini mengumumkan SOP terbaru tentang rentas negeri dan daerah untuk mereka yang telah menerima 2 dos vaksin atau vaksinasi lengkap. Syukur kehadrat ilahi kerana pengumuman terbaru ini merupakan berita baik  dan kelebihan untuk mereka yang sudah mendapat vaksinasi lengkap . Kelebihan merangkumi bukan sahaja tentang merentas daerah atau negeri, malah termasuk aktiviti-aktiviti yang sebelum ini tidak dibenarkan.

Sebelum kita meneliti ringkasan dari pengumuman terbaru PM Tan Sri Mahiaddin, mari kita lihat apakah maksud vaksinasi lengkap.

Vaksinasi lengkap adalah mereka yang telah menerima 2 dos vaksin dan sudah melebihi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua dan 1 dos vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino melebihi 28 hari dari tarikh suntikan.

vaksinasi lengkap

Ini pula merupakan negeri-negeri dan fasa semasa (update 8 Ogos 2021)

Fasa 1 PPN: Kedah, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Fasa 2 PPN:  Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah

Fasa 3 PPN: Perlis, WP Labuan, Sarawak

Fasa 4 PPN: Tiada Negeri

Kebenaran Rentas Negeri & Daerah

Kebenaran rentas negeri belum dibenarkan seperti biasa. Hanya mereka tergolong dari golongan di bawah ini sahaja yang dibenarkan. Selain itu, masih memerlukan penilaian ketat dari pihak polis.

  • Pasangan suami isteri jarak jauh.
  • Ibu bapa yang hendak berjumpa dengan anaknya yang berumur 18 tahun ke bawah di negeri lain.

kebenaran rentas negeri

SOP wajib bagi mereka yang pulang ke Malaysia dari Luar Negara

rentas daerah

SOP bagi mereka yanng ada pasangan di luar negeri

mahiaddin yassin

SOP bagi ibu bapa yang hendak berjumpa anak di bawah 18 tahun ke bawah di luar negeri

pm mahiaddin

Walaupun anda merupakan mereka yang dibenarkan rentas negeri, pastikan SOP wajib seperti penjarakan sosial, dan memakai pelitup muka tidak diabaikan kerana jangkitan masih lagi boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Kebenaran Rentas Daerah

Berita baik untuk mereka yang ingin merentas daerah, perjalan merentas daerah telah dibenarkan. Bagi mereka yang mungkin mempunyai ibu bapa atau hal yang perlu diselesaikan di dalam negeri yang sama, anda sudah boleh untuk menjalankan tanggungjawab anda seperti biasa.

Ini juga bermakna, aktiviti perniagaan juga akan menjadi semakin baik, kerana perjalanan merentas daerah membolehkan perniagaan kecil dan sederhana yang beroperasi secara COD (cash on delivery) berjalan semula seperti biasa jika anda sudah lengkap 2 dos vaksin.

rentas negeri

2 dos vaksin

Aktiviti Dine-in

Kedai makan sudah boleh beroperasi seperti biasa. Jika sebelum ini, kedai makan hanya boleh beroperasi secara dalam talian dan take away sahaja, bermula 10 Ogos 2021, mereka yang telah mendapat vaksinasi lengkap boleh makan di kedai anda.

maksud vaksin lengkap

Aktiviti Sukan, Riadah dan Rekreasi

Aktiviti sukan terbuka dan separa terbuka juga dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Ogos 2021. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan negeri-negeri di Fasa 2 dan seterusnya.

kebenaran di rumah ibadat

Aktiviti Pelancongan

Masa yang sesuai untuk mereka yang tidak sabar untuk melepaskan tekanan yang ada selepas terkurung di dalam rumah sekian lama. Anda kini boleh melancong di dalam negeri mengikut sop yang telah ditetapkan.

covid-19

Aktiviti Keagamaan

Rumah ibadat seperti masjid juga di benarkan beroperasi semula mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

fasa 2

Kita masih belum menang, Virus Covid-19 masih di sekeliling kita.

Pastikan anda yang ingin menjalankan aktiviti tidak kiralah di kawasan yang berisiko tinggi ataupun tidak, sentiasalah berhati-hati. Kerana virus ini sudah berada dalam komuniti disekeliling kita. Jangan sampai kelonggaran yang diberikan ini hanya menjadi keseronokan seketika sahaja. Hadkan masa anda diluar. Duduk di rumah tetap menjadi perisai utama kita dari dijangkiti Covid-19. Kita jaga kita.

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Donald Allbright

    August 2, 2021 at 9:41 am

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Gejala Anxiety Disorder di kalangan orang muda Malaysia semakin parah

Published

on

anxiety disorder
haisayang.com

Anxiety disorder bukan sesuatu gejala yang biasa. Bagi pengidap penyakit ini, ia merupakan suatu yang memeritkan dan mengganggu kehidupan seharian. Dengan keadaan pandemik dan situasi yang tidak menentu sekarang ini, gejala Anxiety Disorder di kalangan orang muda di Malaysia semakin parah dan membimbangkan.

Perasaan cemas atau anxiety adalah hal yang normal dirasakan ketika seseorang menghadapi situasi atau mendengar berita yang menimbulkan rasa takut atau sesuatu yang membimbangkan. Namun, anda harus berhati-hati jika anda menghadapi anxiety yang muncul tanpa sebab atau sukar untuk dikendalikan.

Apa itu anxiety disorder?

Kecelaruan keresahan (bahasa Inggeris: anxiety neurosisanxiety disorder) ialah keadaan psikik dalam ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus. Ada saja yang mencemaskan hatinya; dan hampir setiap peristiwa menjadi punca timbulnya rasa cemas dan takut. Ia merangkumi berbagai-bagai jenis ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat terganggu, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan teruja atau keluh kesah. Juga cepat murung. Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diselubungi ketegangan-ketegangan emosi dan diganggu bayangan kesulitan. Sebab-sebab neurosa kecemasan ialah kecemasan, ketakutan, kesusahan dan kegagalan yang bertubi-tubi. Lalu mengadakan penekanan kepada emosi negatif atau penindasan diri akibat kegagalan-kegagalan tadi.

– Sumber wikipedia

Kecelaruan keresahan dan rasa cemas biasa tidaklah sama. Rasa cemas itu adalah normal jika ia dapat dikawal dan hilang setelah apa yang dibimbangi itu sudah selesai.

Namun, jika perasaan cemas masih tidak hilang-hilang atau menjadi semakin teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian anda, keadaan tersebut dikenali sebagai anxiety disorder.

Simptom-simptom Anxiety Disorder


Setiap orang akan ada perasaan cemas ketika hendak menghadapi atau sedang berada dalam situasi yang dirasakan mengancam atau menakutkan. Contohnya, ketika pindah ke sekolah atau tempat baru, mula bekerja di tempat baru, akan menjalani pembedahan, ada rakan atau ahli keluarga yang terkena musibah, atau ketika menunggu isteri yang akan melahirkan anak.

Munculnya perasaan cemas karana terpaksa berhadapan dengan situasi atau keadaan yang dianggap dapat menimbulkan stress adalah hal yang normal. Orang yang cemas biasanya akan merasakan gejala-gejala berikut ini:

  • Gugup, gelisah, dan stress
  • Jantung berdegup kencang
  • Nafas cepat
  • Rasa takut, gementar
  • Susah tidur ( ada yang tak boleh tidur sampai pagi )
  • Banyak berpeluh
  • Tubuh terasa seperti lemas
  • Susah nak menumpukan perhatian
  • Adanya perasaan seperti akan ditimpa bahaya

Perbezaan Anxiety Normal dengan Anxiety yang Berbahaya


Cemas atau anxiety tidak selalu buruk. Dengan berfikiran positif, rasa cemas yang muncul dapat dijadikan motivasi atau dorongan untuk dapat mengatasi cabaran atau situasi tertentu.

Sebagai contoh, ketika temuduga kerja, rasa cemas mungkin boleh membuatkan cenderung untuk belajar atau mempersiapkan diri sebelum ditemuduga kerja dengan bersungguh-sungguh.

Apa yang perlu diteliti adalah ketika rasa cemas, bimbang itu tetap ada walaupun faktor yang membuatkan anda cemas itu telah hilang. Contohnya, temuduga sudah habis tetapi anda masih ada perasaan runsing atau cemas itu lagi. Dalam keadaan ini. anda mungkin berisiko menghidap anxiety disorder.

Setiap orang yang menderita penyakit ini dapat merasakan simptom yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis gangguan cemas yang dialaminya. Untuk menentukan apakah anxiety yang muncul pada anda itu normal atau disebabkan oleh gangguan mental, anda perlu berjumpa dengan ahli psikologi atau doktor psikiatri untuk dilakukan diagnosis.

kecelaruan keresahan

Jenis-jenis Anxiety

Berikut ini adalah jenis-jenis anxiety disorder dan gejala-gejala yang biasa dialami :

  1. Kecelaruan keresahan umum (generalized anxiety disorder)
    Seseorang yang menderita Kecelaruan keresahan umum biasanya akan rasa risau atau bimbang secara berlebihan terhadap pelbagai hal, tak kira dari hal pekerjaan, kewangan, kesihatan, hingga hal-hal yang sederhana, seperti berinteraksi dengan orang lain.

Simptom: Anxiety yang muncul akibat kecelaruan keresahan umum ini dirasai setiap hari dan berlaku hingga lebih dari 6 bulan. Akibatnya, mereka yang menderita generalised anxiety disorder ini akan menjadi sukar untuk melakukan aktivit seharian mereka.

Selain dari rasa cemas yang mengganggu, mereka juga berasa cepat letih, stress, mual, sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, sesak nafas, dan insomnia.

  1. Fobia
    Fobia merupakan jenis gangguan anxiety yang membuat mereka yang menderita ini memiliki rasa takut yang berlebihan dan cenderung untuk tidak berfikiran rasional terhadap suatu benda, binatang, atau situasi tertentu yang tidak menimbulkan rasa takut pada kebanyakan orang. Biasa bagi orang lain, tetapi tidak bagi mereka.

Simptom: Orang yang memiliki fobia akan mengalami serangan panik atau rasa takut yang kuat ketika melihat sesuatu benda atau berada di tempat yang menjadi punca fobia, misalnya darah, berada di tempat yang ada ramai orang, tempat yang gelap, tempat tinggi, atau ruangan tertutup.

Oleh karana itu, penderita fobia biasanya akan melakukan segala upaya untuk menjauhkan dirinya dari hal atau situasi yang dia takuti.

  1. Kecelaruan keresahan sosial
    Penderita gangguan Kecelaruan keresahan sosial atau dikenal juga fobia sosial memiliki perasaan cemas dan takut yang luar biasa terhadap lingkungan sosial atau situasi di mana mereka harus berinteraksi dengan orang lain.

Simptom: Penderita fobia ini selalu merasa diawasi dan dinilai oleh orang lain, serta takut atau merasa malu secara berlebihan ketika berada di tengah orang ramai. Hal-hal tersebut membuat penderita ini selalu berusaha menghindari situasi yang mengharuskan dia bertemu atau berinteraksi dengan banyak orang.

  1. PTSD (post-traumatic stres disorder)
    Gangguan stres pascatrauma atau PTSD dapat muncul pada seseorang yang pernah mengalami kejadian trauma atau berada di situasi berbahaya yang mengancam nyawa. Contohnya, tinggal di kawasan yang ada konflik atau perang, terkena bencana alam, atau mangsa penderaan.

Orang yang menderita PTSD sering kali susah untuk melupakan pengalaman traumanya, apabila terlintas dalam benak fikiran atau ketika bermimpi, yang kemudian membuatnya merasa bersalah, terisolasi, dan sukar bersosial dengan orang lain.

Kadang-kadang orang yang memiliki PTSD juga mengalami insomnia dan lebih teruk lagi berisiko mengalami depresi yang teruk.

  1. Kecelaruan keresahan panik (Panic Attack)
    Mungkin Anda pernah merasa panik saat mendapat berita mengejutkan, contohnya ketika ada anggota keluarga atau saudara dekat yang terkena musibah. Namun, hal tersebut normal bagi anda. Berbeza dengan penderita Kecelaruan keresahan panik yang berasa takut atau panik tanpa alasan yang jelas. Tiba-tiba sahaja panik. Nadi dan jantung berdeup laju tanpa sebab.

Simptom: Anxiety dan serangan panik akibat gangguan ini muncul bila-bila sahaaja dan terjadi secara tiba-tiba atau berulang. Ketika gejala panik ini muncul, penderita gangguan panik ini biasanya akan merasi gejala-gejala lain seperti berdebar-debar, seram sejuk, berpeluh-peluh, pening kepala, sesak nafas, serta tubuh gemetar dan terasa lemas.

Orang dengan mengalami gangguan panik (panic attack) tidak dapat menjangkakan bila gangguan tersebut akan terjadi atau apa puncanya. Oleh karana itu, ramai yang mengalami panic attack ini cenderung untuk tidak berada di tempat yang mempunyai ramai orang kerana risau perkara tersebut berlaku di tengah-tengah ramai.

  1. Kecelaruan keresahan obsesif kompulsif (OCD)
    Orang yang menderita gangguan OCD memiliki kecenderungan untuk melakukan sesuatu secara berulang-ulang untuk mengurangkan rasa risau atau cemas yang berasal dari fikirannya sendiri. Contohnya, mencuci tangan harus sebanyak 3 kali karana berfikiran tangannya masih kotor.

Simptom: Gangguan ini sukar untuk dikawal dan ada yang terganggu sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan baik seperti orang biasa.

Tips atau cara mengatasi Anxiety Disorder


Untuk meredakan atau mencegah munculnya perasaan risau, cemas berlebihan. Anda boleh melakukan beberapa cara berikut :

  • Pastikan anda cukup tidur. Mereka yang mengalami anxiety disorder ini biasanya susah untuk tidur. Jadikan anda boleh dapatkan suplemen untuk memudahkan anda tidur seperti suplemen yang mengandungi melatonin seperti Paan Sleepy Gummies
  • Mengurangkan minuman berkafein dan minuman beralkohol.
  • Mengurangi stress dengan mencuba teknik yang boleh membuat anda rileks, seperti berzikir, solat, meditasi dan yoga.
  • Melakukan aktiviti fizikal atau senaman secara teratur.
  • Cari seseorang yang faham tentang anda untuk bertukar fikiran dan mencurahkan perasaan anda padanya.

Jika cara-cara di atas sudah dilakukan dan punca anxiety juga sudah diatasi namun rasa risau atau cemas belum juga hilang, sebaiknya dapatkan konsultasi dari pakar psikiatri. Untuk menentukan penyebab dan jenis gangguan anxiety yang anda alami, psikiatri akan melakukan diagnosis psikologi terhadap anda.

Jika hasil pemeriksaan tersebut menunjukkan bahawa anda mengalami anxiety disorder, doktor akan mengatasi anxiety yang anda rasakan dengan psikoterapi dan kaunseling, serta ubat penenang jika anda perlu.

Anxiety yang muncul akibat Kecelaruan keresahan lama-kelamaan berpotensi membuat mereka yang menderita penyakit ini mengalami tekanan emosi, ingin bunuh diri, hingga menyalahgunakan ubat-ubatan atau minuman beralkohol. Oleh karana itu, jika anda mengalaminya, segeralah berjumpa dengan doktor.

Continue Reading

Isu Semasa

PKP berpanjangan buat seluruh rakyat tertekan

Published

on

perintah kawalan pergerakan

[dropcap]C[/dropcap]ovid-19 yang pada awalnya dianggap virus selesema biasa oleh sesetengah pihak, harini mencetuskan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan berpanjangan yang membuatkan seluruh rakyat tertekan. Tidak kiralah anda dari golongan mana sekalipun B40, M40 atau walhal T20 sekalipun pasti tertekan dengan PKP yang berpanjangan. Pkp yang tidak berkesudahan sejak 18 Mac 2020 ini sedar atau tidak telah memberikan pelbagai impak dalam kehidupan kita ketika ini.
(more…)

Continue Reading

Trending