Connect with us

Isu Semasa

PKP berpanjangan buat seluruh rakyat tertekan

Published

on

perintah kawalan pergerakan

[dropcap]C[/dropcap]ovid-19 yang pada awalnya dianggap virus selesema biasa oleh sesetengah pihak, harini mencetuskan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan berpanjangan yang membuatkan seluruh rakyat tertekan. Tidak kiralah anda dari golongan mana sekalipun B40, M40 atau walhal T20 sekalipun pasti tertekan dengan PKP yang berpanjangan. Pkp yang tidak berkesudahan sejak 18 Mac 2020 ini sedar atau tidak telah memberikan pelbagai impak dalam kehidupan kita ketika ini.

Sudah lama tak ziarah ibu bapa di kampung

Bagi mereka yang sudah tidak mempunyai keluarga di kampung, mungkin tidak menjadi masalah besar bua mereka. Tetapi anda bayangkan ramai di antara kita yang masih mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan uzur di kampung harini tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak. Tidak dinafikan, ada yang mengatakan tindakan kerajaan hari ini menyelamatkan rakyat. Akan tetapi, PKP ini sudah berlangsung lebih setahun. Kerajaan sepatutnya sudah ada jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah ini atau setidak-setidaknya SOP yang tidak membebankan rakyat.

Saya dah lama tak balik kampung. Ibu Ayah saya umur hampir 80 tahun. Nasib baik ada jiran yang prihatin selalu bawa makanan dan menjaga keperluan ibu bapa saya. Kalau dulu saya selalu ulang alik ke kampung. Sekarang, nak minta kebenaran polis untuk balik selalu pun susah. – Noraini, Pulau Pinang

covid 19 tidak boleh ziara ibu bapa di kampung

Pekerja diberhentikan kerja

Sudahlah tidak dapat pulang ke kampung, ramai diantara kita yang sudah diberhentikan kerja dek kerana syarikat-syarikat yang mereka bekerja juga terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Syarikat-syarikat yang terpaksa ditutup atau terpaksa kurangkan kos operasi mereka hari ini secara besar-besaran membuang pekerja mereka. Mereka yang dibuang kerja pula sudah tentu susah hendak mendapatkan pekerjaan yang lain ketika era pandemik ini kerana syarikat-syarikat yang lain juga sedang membekukan pengambilan pekerja baru.

Kuasa beli rakyat sudah menurun. Hanya bisnes kecil berasaskan makanan sahaja yang berjalan seperti biasa.

Akhirnya, mereka buntu dan terpaksa berkurung di rumah berbekalkan simpanan yang ada. Lebih parah lagi ada diantara kita yang sudah dihalau dari rumah sewa kerana menanggung tunggakan sewa berbulan-bulan. Penyewa juga terpaksa menghalau untuk mendapatkan penghuni baru kerana sumber pendapatan mereka juga turut terjejas ketika ini. Masing-masing ada masalah dan tidak boleh dipersalahkan.

diberhentikan kerja

Syarikat yang ramai pekerjanya positif covid-19, masih beroperasi seperti biasa

Tidak kurang juga pada syarikat-syarikat besar yang mementingkan diri untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Ketika ramai peniaga kecil dan sederhana terpaksa menutup operasi perniagaan mereka, syarikat besar ini masih boleh beroperasi seperti biasa. Ya, syarikat mereka tergolong dalam ‘essential services’ atau ‘ perkhidmatan keperluan’. Akan tetapi ada beberapa pemilik syarikat yang mementingkan diri sehingga membuatkan ramai pekerja mereka sangat tertekan.

Apabila mereka membuang ramai pekerja untuk mengurangkan kos operasi mereka, mereka memberi tekanan pada pekerja sedia ada dengan mengurangkan gaji dengan membebankan kerja yang lebih bagi menggantikan pekerja yang mereka telah berhentikan. Lebih mengecewakan apabila ada syarikat yang merahsiakan dari pihak KKM apabila ramai pekerja mereka positif covid-19 untuk mengelakkan syarikat mereka ditutup. Jadi, ia memberikan tekanan besar kepada pekerja yang takut kerana terpaksa bekerja ketika ramai rakan sekerja mereka yang dijangkiti covid-19 ketika itu.

peniaga menanggung hutang

Peniaga menganggung hutang

Bagi peniaga pula,ramai diantara mereka yang sedang kesusahan ketika ini. Jika sebelum pandemik ini berlaku, merekalah penyumbang utama ekonomi di Malaysia, tetapi ketika pandemik Covid-19 ini merekalah golongan yang sering ditinggalkan. Walauppun ada bantuan yang disediakan oleh kerajaan, tetapi bantuan yang diberikan tidak langsung membantu golongan ini untuk terus bertahan dalam situasi ini.

Lagi topik menarik disini:

Ramai peniaga tidak dapat beroperasi seperti biasa ketika PKP, sehingga menyebabkan terpaksa keluar dari premis perniagaan mereka dan sekaligus merencatkan terus perniagaan yang mereka bina selama ini. Kerajaan sepatutnya memikirkan jalan yang lebih baik untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang ada. Kerana golongan ini boleh dikatakan paling ramai di ibu kota ketika ini.Jika kehidupan mereka terjejas, kita akan menghadapi masalah yang lebih besar nanti.

Tumpuan lebih mesti diberikan kepada peniaga khususnya perniaga sederhana kerana ketika pandemik ini, kuasa beli rakyat rendah. Jadi produk atau servis yang mereka sediakan ketika ini selalunya tidak diberikan keutamaan. Keutamaan hanya pada barangan asas seperti makanan dan lain-lain. Sedangkan di Malaysia, golongan peniaga peringkat sederhanan ini yang banyak menyumbang ke arah ekonomi sebelum ini.

Kesihatan mental rakyat turut terjejas

Berkurung di dalam rumah terlalu lama juga adalah sesuatu yang tidak sihat untuk kesihatan mental kita. Inilah yang berlaku sekarang. Kita terpaksa berkurung di dalam rumah dalam jangka masa yang terlalu lama. Anda cuba bayangkan mereka yang tinggal di rumah flat, ia seperti tinggal di dalam kotak. Kesihatan mental mereka di kawasan itu terutamanya remaja dan kanak-kanak sangat terjejas. Ini kerana masa banyak diluangkan di rumah sahaja ditambah pula msa yang berlebihan diberikan kepada media sosial atau gadjet.

Peningkatan masalah kesihatan mental seperti Anxiety disorder semakin membimbangkan. KKM

Kalau anda tinggal di kampung atau di rumah-rumah taman mungkin masih lagi ada halaman untuk keluar menghirup udara segar, tidak mengapa. Tetapi mereka yang tinggal di rumah flat atau aparment sudah semestinya sangat tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Tidak hairanlah jika statistik mereka yang mengalami masalah mental ketika ini kebanyakkan di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor kerana di sana terdapat banyak rumah flat. Tinggal di rumah kecil yang seakan-akan terukurung dalam keadaan susah memang beri tekanan yang kuat terhadap kesihatan mental. Budak Flat perlukan pertolongan kita semua untuk bangun!

Kerajaan perlu langkah yang lebih progresif untuk menyelesaikan masalah yang ada ini secepat mungkin

Oleh itu kerajaan hari ini perlu memikrkan pendekatan yang lebih berkesan selain Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak berkesudahan ini. Ini kerana rakyat sudah teruk terhimpit dengan perasaan takut dijangkiti covid-19 dan dalam masa sama terpaksa hidup dalam keaadaan susah seperti sekarang. Kerajaan perlu memberikan bantuan yang betul-betul boleh membantu rakyat, bukan sekadar mendapatkan popular dengan nama-nama bantuan yang sedap didengar tapi tidak dapat dirasai oleh semua yang terkesan.

Semoga mereka semua yang bertanggungjawab didalam kerajaan hari ini diberikan ilham oleh Allah untuk menyelesaikan masalah yang kitahadapi ini.

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Michael Eubanks

    August 2, 2021 at 9:41 am

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Gejala Anxiety Disorder di kalangan orang muda Malaysia semakin parah

Published

on

anxiety disorder
haisayang.com

Anxiety disorder bukan sesuatu gejala yang biasa. Bagi pengidap penyakit ini, ia merupakan suatu yang memeritkan dan mengganggu kehidupan seharian. Dengan keadaan pandemik dan situasi yang tidak menentu sekarang ini, gejala Anxiety Disorder di kalangan orang muda di Malaysia semakin parah dan membimbangkan.

Perasaan cemas atau anxiety adalah hal yang normal dirasakan ketika seseorang menghadapi situasi atau mendengar berita yang menimbulkan rasa takut atau sesuatu yang membimbangkan. Namun, anda harus berhati-hati jika anda menghadapi anxiety yang muncul tanpa sebab atau sukar untuk dikendalikan.

Apa itu anxiety disorder?

Kecelaruan keresahan (bahasa Inggeris: anxiety neurosisanxiety disorder) ialah keadaan psikik dalam ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus. Ada saja yang mencemaskan hatinya; dan hampir setiap peristiwa menjadi punca timbulnya rasa cemas dan takut. Ia merangkumi berbagai-bagai jenis ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat terganggu, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan teruja atau keluh kesah. Juga cepat murung. Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diselubungi ketegangan-ketegangan emosi dan diganggu bayangan kesulitan. Sebab-sebab neurosa kecemasan ialah kecemasan, ketakutan, kesusahan dan kegagalan yang bertubi-tubi. Lalu mengadakan penekanan kepada emosi negatif atau penindasan diri akibat kegagalan-kegagalan tadi.

– Sumber wikipedia

Kecelaruan keresahan dan rasa cemas biasa tidaklah sama. Rasa cemas itu adalah normal jika ia dapat dikawal dan hilang setelah apa yang dibimbangi itu sudah selesai.

Namun, jika perasaan cemas masih tidak hilang-hilang atau menjadi semakin teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian anda, keadaan tersebut dikenali sebagai anxiety disorder.

Simptom-simptom Anxiety Disorder


Setiap orang akan ada perasaan cemas ketika hendak menghadapi atau sedang berada dalam situasi yang dirasakan mengancam atau menakutkan. Contohnya, ketika pindah ke sekolah atau tempat baru, mula bekerja di tempat baru, akan menjalani pembedahan, ada rakan atau ahli keluarga yang terkena musibah, atau ketika menunggu isteri yang akan melahirkan anak.

Munculnya perasaan cemas karana terpaksa berhadapan dengan situasi atau keadaan yang dianggap dapat menimbulkan stress adalah hal yang normal. Orang yang cemas biasanya akan merasakan gejala-gejala berikut ini:

  • Gugup, gelisah, dan stress
  • Jantung berdegup kencang
  • Nafas cepat
  • Rasa takut, gementar
  • Susah tidur ( ada yang tak boleh tidur sampai pagi )
  • Banyak berpeluh
  • Tubuh terasa seperti lemas
  • Susah nak menumpukan perhatian
  • Adanya perasaan seperti akan ditimpa bahaya

Perbezaan Anxiety Normal dengan Anxiety yang Berbahaya


Cemas atau anxiety tidak selalu buruk. Dengan berfikiran positif, rasa cemas yang muncul dapat dijadikan motivasi atau dorongan untuk dapat mengatasi cabaran atau situasi tertentu.

Sebagai contoh, ketika temuduga kerja, rasa cemas mungkin boleh membuatkan cenderung untuk belajar atau mempersiapkan diri sebelum ditemuduga kerja dengan bersungguh-sungguh.

Apa yang perlu diteliti adalah ketika rasa cemas, bimbang itu tetap ada walaupun faktor yang membuatkan anda cemas itu telah hilang. Contohnya, temuduga sudah habis tetapi anda masih ada perasaan runsing atau cemas itu lagi. Dalam keadaan ini. anda mungkin berisiko menghidap anxiety disorder.

Setiap orang yang menderita penyakit ini dapat merasakan simptom yang berbeza-beza, bergantung kepada jenis gangguan cemas yang dialaminya. Untuk menentukan apakah anxiety yang muncul pada anda itu normal atau disebabkan oleh gangguan mental, anda perlu berjumpa dengan ahli psikologi atau doktor psikiatri untuk dilakukan diagnosis.

kecelaruan keresahan

Jenis-jenis Anxiety

Berikut ini adalah jenis-jenis anxiety disorder dan gejala-gejala yang biasa dialami :

  1. Kecelaruan keresahan umum (generalized anxiety disorder)
    Seseorang yang menderita Kecelaruan keresahan umum biasanya akan rasa risau atau bimbang secara berlebihan terhadap pelbagai hal, tak kira dari hal pekerjaan, kewangan, kesihatan, hingga hal-hal yang sederhana, seperti berinteraksi dengan orang lain.

Simptom: Anxiety yang muncul akibat kecelaruan keresahan umum ini dirasai setiap hari dan berlaku hingga lebih dari 6 bulan. Akibatnya, mereka yang menderita generalised anxiety disorder ini akan menjadi sukar untuk melakukan aktivit seharian mereka.

Selain dari rasa cemas yang mengganggu, mereka juga berasa cepat letih, stress, mual, sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, sesak nafas, dan insomnia.

  1. Fobia
    Fobia merupakan jenis gangguan anxiety yang membuat mereka yang menderita ini memiliki rasa takut yang berlebihan dan cenderung untuk tidak berfikiran rasional terhadap suatu benda, binatang, atau situasi tertentu yang tidak menimbulkan rasa takut pada kebanyakan orang. Biasa bagi orang lain, tetapi tidak bagi mereka.

Simptom: Orang yang memiliki fobia akan mengalami serangan panik atau rasa takut yang kuat ketika melihat sesuatu benda atau berada di tempat yang menjadi punca fobia, misalnya darah, berada di tempat yang ada ramai orang, tempat yang gelap, tempat tinggi, atau ruangan tertutup.

Oleh karana itu, penderita fobia biasanya akan melakukan segala upaya untuk menjauhkan dirinya dari hal atau situasi yang dia takuti.

  1. Kecelaruan keresahan sosial
    Penderita gangguan Kecelaruan keresahan sosial atau dikenal juga fobia sosial memiliki perasaan cemas dan takut yang luar biasa terhadap lingkungan sosial atau situasi di mana mereka harus berinteraksi dengan orang lain.

Simptom: Penderita fobia ini selalu merasa diawasi dan dinilai oleh orang lain, serta takut atau merasa malu secara berlebihan ketika berada di tengah orang ramai. Hal-hal tersebut membuat penderita ini selalu berusaha menghindari situasi yang mengharuskan dia bertemu atau berinteraksi dengan banyak orang.

  1. PTSD (post-traumatic stres disorder)
    Gangguan stres pascatrauma atau PTSD dapat muncul pada seseorang yang pernah mengalami kejadian trauma atau berada di situasi berbahaya yang mengancam nyawa. Contohnya, tinggal di kawasan yang ada konflik atau perang, terkena bencana alam, atau mangsa penderaan.

Orang yang menderita PTSD sering kali susah untuk melupakan pengalaman traumanya, apabila terlintas dalam benak fikiran atau ketika bermimpi, yang kemudian membuatnya merasa bersalah, terisolasi, dan sukar bersosial dengan orang lain.

Kadang-kadang orang yang memiliki PTSD juga mengalami insomnia dan lebih teruk lagi berisiko mengalami depresi yang teruk.

  1. Kecelaruan keresahan panik (Panic Attack)
    Mungkin Anda pernah merasa panik saat mendapat berita mengejutkan, contohnya ketika ada anggota keluarga atau saudara dekat yang terkena musibah. Namun, hal tersebut normal bagi anda. Berbeza dengan penderita Kecelaruan keresahan panik yang berasa takut atau panik tanpa alasan yang jelas. Tiba-tiba sahaja panik. Nadi dan jantung berdeup laju tanpa sebab.

Simptom: Anxiety dan serangan panik akibat gangguan ini muncul bila-bila sahaaja dan terjadi secara tiba-tiba atau berulang. Ketika gejala panik ini muncul, penderita gangguan panik ini biasanya akan merasi gejala-gejala lain seperti berdebar-debar, seram sejuk, berpeluh-peluh, pening kepala, sesak nafas, serta tubuh gemetar dan terasa lemas.

Orang dengan mengalami gangguan panik (panic attack) tidak dapat menjangkakan bila gangguan tersebut akan terjadi atau apa puncanya. Oleh karana itu, ramai yang mengalami panic attack ini cenderung untuk tidak berada di tempat yang mempunyai ramai orang kerana risau perkara tersebut berlaku di tengah-tengah ramai.

  1. Kecelaruan keresahan obsesif kompulsif (OCD)
    Orang yang menderita gangguan OCD memiliki kecenderungan untuk melakukan sesuatu secara berulang-ulang untuk mengurangkan rasa risau atau cemas yang berasal dari fikirannya sendiri. Contohnya, mencuci tangan harus sebanyak 3 kali karana berfikiran tangannya masih kotor.

Simptom: Gangguan ini sukar untuk dikawal dan ada yang terganggu sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan baik seperti orang biasa.

Tips atau cara mengatasi Anxiety Disorder


Untuk meredakan atau mencegah munculnya perasaan risau, cemas berlebihan. Anda boleh melakukan beberapa cara berikut :

  • Pastikan anda cukup tidur. Mereka yang mengalami anxiety disorder ini biasanya susah untuk tidur. Jadikan anda boleh dapatkan suplemen untuk memudahkan anda tidur seperti suplemen yang mengandungi melatonin seperti Paan Sleepy Gummies
  • Mengurangkan minuman berkafein dan minuman beralkohol.
  • Mengurangi stress dengan mencuba teknik yang boleh membuat anda rileks, seperti berzikir, solat, meditasi dan yoga.
  • Melakukan aktiviti fizikal atau senaman secara teratur.
  • Cari seseorang yang faham tentang anda untuk bertukar fikiran dan mencurahkan perasaan anda padanya.

Jika cara-cara di atas sudah dilakukan dan punca anxiety juga sudah diatasi namun rasa risau atau cemas belum juga hilang, sebaiknya dapatkan konsultasi dari pakar psikiatri. Untuk menentukan penyebab dan jenis gangguan anxiety yang anda alami, psikiatri akan melakukan diagnosis psikologi terhadap anda.

Jika hasil pemeriksaan tersebut menunjukkan bahawa anda mengalami anxiety disorder, doktor akan mengatasi anxiety yang anda rasakan dengan psikoterapi dan kaunseling, serta ubat penenang jika anda perlu.

Anxiety yang muncul akibat Kecelaruan keresahan lama-kelamaan berpotensi membuat mereka yang menderita penyakit ini mengalami tekanan emosi, ingin bunuh diri, hingga menyalahgunakan ubat-ubatan atau minuman beralkohol. Oleh karana itu, jika anda mengalaminya, segeralah berjumpa dengan doktor.

Continue Reading

Isu Semasa

[8 OGOS 2021] PM Mahiaddin Yassin umum kebenaran rentas negeri dan daerah untuk 2 DOS VAKSIN

Published

on

kebenaran rentas negeri

[dropcap]P[/dropcap]erdana Menteri Malaysia Tan Sri Mahiaddin Yassin hari ini mengumumkan SOP terbaru tentang rentas negeri dan daerah untuk mereka yang telah menerima 2 dos vaksin atau vaksinasi lengkap. Syukur kehadrat ilahi kerana pengumuman terbaru ini merupakan berita baik  dan kelebihan untuk mereka yang sudah mendapat vaksinasi lengkap . Kelebihan merangkumi bukan sahaja tentang merentas daerah atau negeri, malah termasuk aktiviti-aktiviti yang sebelum ini tidak dibenarkan.

Sebelum kita meneliti ringkasan dari pengumuman terbaru PM Tan Sri Mahiaddin, mari kita lihat apakah maksud vaksinasi lengkap.

Vaksinasi lengkap adalah mereka yang telah menerima 2 dos vaksin dan sudah melebihi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua dan 1 dos vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino melebihi 28 hari dari tarikh suntikan.

vaksinasi lengkap

Ini pula merupakan negeri-negeri dan fasa semasa (update 8 Ogos 2021)

Fasa 1 PPN: Kedah, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Fasa 2 PPN:  Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah

Fasa 3 PPN: Perlis, WP Labuan, Sarawak

Fasa 4 PPN: Tiada Negeri

(more…)

Continue Reading

Trending