Connect with us

Anak-anak kita

Permainan yang merangsang minda anak-anak ketika PKP

Published

on

Permainan yang merangsang minda ketika PKP

Umum mengetahui ketika PKP atau perintah kawalan pergerakan ini, bukan ibu bapa sahaja yang terpaksa berkurung di rumah. Malah yang lebih menyedihkan adalah anak-anak yang kecil di bawah umur 7 tahun juga terkesan dengan PKP ini. Jika pandemik Covid-19 ini tidak wujud, kanak-kanak yang berumur di bawah 7 tahun ini sudah tentu sedang bergembira menikmati aktiviti riadah di luar rumah. Ini kerana, umur seperti ini jiwa mereka sudah tentu ingin bereksplorasi dan bereksperimentasi dengan benda-benda baru. Apakan daya, pandemik ini membunuh segalanya. Pilihan yang terbaik adalah memastikan mereka sentiasa berada di rumah menjamin kesihatan dan keselamatan mereka.

Walaubagaimanapun, keadaan terkurung di rumah terlalu lama mungkin boleh merencatkan tumbesaran minda mereka. Mungkin ada ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan membiarkan mereka dengan gajet atau menonton tv sahaja. Tidakkah anda takut, terlalu banyak menghabiskan masa dengan gajet menjadikan kesihatan anak terjejas, atau lebih menakutkan lagi jika kesihatan mental mereka turut terjejas.

Hari ini, kami di Haisayang.com akan kongsikan kepada anda beberapa permainan yang boleh merangsang minda anak-anak anda. Permainan ini lebih seronok jika anda juga bermain bersama-sama mereka.

Artikel ini ditulis berdasarkan temuramah kami bersama seorang ibu yang juga surirumah iaitu Puan Yana dari Petaling Jaya.

AKTIVITI DAN PERMAINAN YANG BOLEH ISI MASA LAPANG ANAK-ANAK KETIKA PKP

1. TANAH LIAT / PLASTICINE / PLAY DOH

Tanah liat atau plastisin merupakan aktiviti yang ringan dan boleh dlakukan berulang-ulang kali. Ini kerana akiviti menjadikan anak-anak kita lebih kreatif dan sangat menyeronokkan. Kali pertama mungkin anda perlu berada di samping mereka untuk menunjukkan bagaimana cara sepatutnya untuk bermain tanah liat. Kemudian, anda tinggal mereka untuk mereka gunakan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan sesuatu menggunakan tanah liat tersebut.

Jangan terkejut jika bentuk yang dihasilkan tidak seperti yang anda gambarkan. Ini adalah kerana imaginasi kanak-kanak sangat tinggi, dan keupayaan mereka mungkin begitu hebat lagi. Apapun, jangan lupa meraikan kejayaan mereka. Biarkan mereka rasa usaha mereka itu dihargai. Lama kelamaan anda sendiri pasti akan kagum dan bangga dengan kreativiti mereka.

Matlamat untuk bermain permainan ini bukanlah untuk buatkan anak-anak kita menghasilkan bentuk tanah liat yang hebat. Akan tetapi matlamat sebenar ialah untuk melatih minda dan pergerakan mereka.

Harga: Pelbagai harga di bawah RM50
Boleh dapatkan di: Popular, Mr.DIY


play-doh-plasticine-tanah-liat
play-doh-tanah-liat-plastisin

2. KINETIC SANDS

Kinetic sands atau pasir halus ini mungkin bakal memenatkan ibu selepas anak-anak bermain. Kerana pasir=pasir halus ini biasanya memang akan bersepah-sepah. Akan tetapi saya sangat yakin yang ianya sangat berbaloi. Kerana anak-anak anda pasti suka dan anda akan dapat melihat perkembangan anak dengan cepat. Ini juga mungkin sebagai persediaan untuk anda bawa anak-anak anda bermain di tepi pantai selepas tamat PKP nanti.

Harga: RM27.00
Boleh dapatkan di: Mr.DIY, Shopee


kinetic-sand

3. LEGO

Lego ini bukanlah jenama lego yang sebenar. Cuma kita biasa sebutkan permainan ini sebagai lego. Apapun lego ini sangat baik untuk anak-anak kita. Permainan ini juga dapat merangsang minda mereka. Melalui warna-warna yang ada juga anda juga lebih mudah untuk perkenalkan kepada mereka di saat waktu bermain. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah jika tamat waktu bermain, pastikan mereka kemas dan simpan di tempat yang ditetapkan. Kerana sizenya yang kecil, mudah untuk hilang.

Harga: RM64.00
Boleh dapatkan di: Mr.DIY


lego

4. MEWARNA

Mewarna melatih otak kanan anak-anak anda. Disamping melatih anak-anak mengenal warna, ia juga melatih otot tangan mereka. Imaginasi kanak-kanak ini tidak terbatas. Biarkan mereka mereka berkreativiti menggunakan imaginasi mereka sendiri. Kajian juga mendapati, aktiviti mewarna mampu meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk belajar. 

Harga: RM8
Boleh dapatkan di: Shopee

mewarna

5. MINI PLAYGROUND

Aktiviti lasak juga perlu walaupun di dalam rumah. Kanak-kanak yang lasak adalah kanak-kanak yang pintar. Oleh itu, ibu bapa mesti pandai salurkan kelasakan mereka itu di tempat yang betul. Anda mungkin boleh dapatkan mini playground ini mereka bermain di waktu petang. 

Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi anda aktiviti ini sanagt penting untuk biarkan anak anda menyalurkan tenaga mereka supaya waktu malam mereka dapat tidur awal.

Harga: RM100(used)
Boleh dapatkan di: Carousell(used), Shopee(baru)

mini-playground

AKHIR KATA

Apa sahaja aktiviti yang merangsang minda dan melibatkan pergerakan mereka adalah lebih baik dari membiarkan mereka menghabiskan masa dengna gadget atau televisyen. Sebagai ibu bapa kita mestilah kreatif untuk sediakan permainan-permainan yang bermanfaat untuk mereka. Sekadar cadangan, ‘haramkan’ gajet dan tv selama 1 minggu dan tumpukan kepada aktiviti-aktiviti bermanfaat ini. Inshaa ALLAH anda pasti akan melihat perubahan emosi anak anda menjadi lebih baik dan sihat. Selamat mencuba!

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Ivy Torres

    August 2, 2021 at 9:41 am

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending