Connect with us

REVIEW

Nasi Kalut Jitra Mai memang power! Nasi Kandar terbaik untuk lidah orang utara

Published

on

Orang utara terutamanya dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak kalau bercerita pasal nasi kandar memang agak cerewet. Masing-masing ada rasa yang unik. Nasi kandar penang, lain rasanya. Nasi kandar kedah pula ada caranya tersendiri. Walaubagaimanapun nasi kandar dari utara seperti Nasi Kalut Jitra Mai ini berkongsi keunikan dan citarasa tersendiri yang tak dapat nak diceritakan dengan kata-kata.

Jika 10 tahun lepas ketika saya mula-mula menjejakkan kaki di ibu kota Kuala lumpur dan Selangor ini, memang susah sangat nak cari nasi kandar yang betul-betul sedap ( yang betul-betul kena dengan tekak). Kedai-kedai mamak yang ada kebanyakkannya bagi kami macam Nasi Campur dari India sahaja. Mungkin sebab pekerja-pekerjanya juga diimport atau pendatang asing dari India, jadi mempengaruhi makanan yang di masak. Lama kelamaan dapat juga saya sesuaikan diri.

Akhirnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak franchais nasi kandar dari utara terutamanya dari negeri Kedah membuka cawangan mereka disini. Antaranya yang popular seperti Nasi Royale Kedah, Nasi Lan Kedah dan yang paling popular sekarang ini iaitu Nasi Kalut Jitra Mai.

Nasi Kalut Jitra Mai – Nasi Kandar Melayu Yang Wajib Anda Cuba!

Kalau anda peminat nasi kandar dari utara, saya sangat recommend anda untuk cuba nasi kalut ini. Menunya lebih kurang sahaja dengan nasi kandar original yang biasa anda jumpa di penang atau kedah, ayam, sotong, daging hitam, bendi, kuah campur dan lain-lain lagi. Tapi saya recommend anda cuma ayam goreng. Ayam goreng nasi kalut ini memang istimewa. Lain dari yang lain. Garing, rangup dan sedap. Ditambah pula dengan kuah campur, fuhh memang terangkat beb!

Dia punya ayam memang tak boleh lawan la. Sedap gila! _ Zakwan, Ampang

nasi kalut jitra mai

Lokasi Nasi Kalut Jitra Mai

nasi kalut

Nasi kalut Jitra Mai buat masa sekarang ada 3 lokasi utama iaitu di Shah Alam Seksyen 7, Ampang dan juga Jalan Doraisamy.

Masa beroperasi : 11.30am – 6.30pm
Buka setiap hari kecuali JUMAAT cuti

Seksyen 7,Shah Alam – 0103505850
Jalan Ampang – 01131132313
Jalan Doraisamy – 01127657588

Anda boleh klik link ini untuk mendapatkan lokasi terus dari google maps. KLIK SINI

BONUS : TIPS MAKAN NASI KANDAR YANG BETUL DAN SEDAP

Tips ini memang kaki nasi kandar selalu praktik untuk mendapatkan rasa rempah dan kuah campur yang sedap. Sebab asalnya nasi kandar ini pun berasal dari ‘kandar’ . Iaitu nasi yang dimasak di rumah, kemudian di kandar ke rumah-rumah. Nasi itu dicampurkan kuah dan dibungkus. Jadi, sehingga sekarang penyediaan kuahnya itu mengikut resipi lama. Jadi mitos oleh kaki-kaki nasi kandar semalaysia mengatakan nasi kandar yang sedap perlu mengikut langkah-langkah di bawah ini sebelum anda makan.

  1. Ini nasi dan telur rebus

nasi kandar

2. Ini pula ayam goreng

nasi kalut jitra mai

3. Letakkan ayam goreng,telur rebus, nasi dan kuah campur di dalam bungkusan.

nasi kalut jitra mai

4. Bungkus ‘mereka itu’ ketat-ketat dan biarkan mereka bergaul sesama mereka selama 10 minit.

nasi kandar utara

5. Nasi Kandar (Nasi kalut jitra mai) anda sudah siap sedia untuk dimakan.

nasi kandar kedah

Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

REVIEW

Alpha Series Minyak Wangi Istimewa dengan Pheromone Booster dari Bagaidikata Perfumes Malaysia

Published

on

Alpha Series

Sebut pasal minyak wangi, kami yakin minyak wangi yang bakal kami kongsi pada anda semua hari ini sangat-sangat istimewa. Alpha Series dari Bagaidikata Perfumes Malaysia ini bakal menemui peminat-peminat minyak wangi di Malaysia bermula April 2022 ini.

Minyak wangi di Malaysia pada ketika ini, rata-rata menyajikan pasaran perfume di Malaysia dengan minyak wangi yang murah-murah. Rata-rata penjual minyak wangi di Malaysia berpendapat pengguna minyak wangi lebih berminat dengan minyak wangi murah sahaja, dan tidak kisah tentang kualitinya. Berbeza dengan Bagaidikata Perfumes Malaysia, mereka lebih memilih untuk memberikan pasaran dengan minyak wangi yang berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Ini sejajar dengan kemampuan mereka menghasilkan sendiri setiap wangian mereka dengan cara ‘handcraft’. Kemampuan ini juga membolehkan mereka menggunakan bahan-bahan yang terbaik, tidak seperti wangian lain yang dihasilkan secara oem dari kilang-kilang dari China, dan hanya letak label sahaja.

Bakal jadi fenomena baru dalam dunia minyak wangi

Secara jujurnya, setelah kami diperkenalkan dengan produk-produk dari Bagaidikata Perfumes ini, kami sangat-sangat teruja. Kerana kami sendiri dapat merasakan ‘wangian yang premium’ di dalam setiap wangian yang mereka hasilkan. Haruman-haruman yang dihasilkan juga jarang kami dapat bau pada wangian-wangian biasa di pasaran. Sangat unik dan ekslusif.

Sebab itulah kami sangat yakin, produk-produk dari Bagaidikata Perfumes ini bakal menjadi fenomena dalam dunia minyak wangi di Malaysia. Sudah pasti jika pengguna di Malaysia diajar dengan kualiti, kami pasti pengeluar-pengeluar minyak wangi lain juga bakal memfokuskan produk mereka pada kualiti dan bukan sekadar harga murah seperti yang kita lihat pada ketika ini.

Beza minyak wangi murah yang tak berkualiti dengan minyak wangi premium

Terlalu banyak perbezaan antara minyak wangi yang murah dan premium. Harga sesuatu minyak wangi itu bukanlah disebabkan jenama itu sahaja, kualiti wangian itulah merupakan faktor utama yang mempengaruhi harga sesuatu perfume yang dijual itu.

Quality bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan wangian sepeti ‘campuran wangian’ dan alkohol yang digunakan itu sering digunakan untuk membezakan kualiti sesuatu wangian itu. Minyak wangi murah biasanya menggunakan campuran yang berkualiti rendah dan ia biasanya dikesan melalui bau tengik atau mencucuk hidung. Untuk mudah anda faham, walaupun wangian dengan bau yang sama, minyak wangi murahan biasanya lebih berminyak, dan baunya mencucuk hidung. Sedangkan minyak wangi premium wangian tidak mencucuk hidung dan mudah untuk anda mengesan “notes-notes” wangian tersebut.

Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa terlalu banyak kajian yang telah dibuat bahawa minyak wangi murahan yang menggunakan bahan sintetik boleh membahayakan kesihatan anda. Jika anda terlalu kerap menghidu bauan dari perfume murah, banyak risiko, kesan jangka masa panjang yang anda akan hadapi. Disebabkan itulah ada sesetengah peminat perfume sanggup berhabis ratusan ringgit untuk dapatkan minyak wangi yang berkualiti.

Alpha Series dari Bagaidikata Perfume Malaysia

Bagaidikata Perfumes Malaysia menghasilakn wangian premium secara ‘HANDCRAFT’

Bagaidikata Perfumes mungkin nama baru dalam pasaran minyak wangi di Malaysia. Walaupun bagaimanapun, mereka yang dibelakang tabir yang menguruskan jenama ini adalah mereka-mereka yang sudah berpengalaman dalam menimport dan mengedar minyak wangi di Malaysia terutamanya minyak wangi yang mengandungi pheromone.

Mereka sudah terlibat dengan pelbagai jenama besar yang dijual di Malaysia suatu ketika dahulu secara di belakang tabir. Dan sejak 2018, mereka mula R&D dan mengahsilkan sendiri minyak wangi mereka di Perfume Lab mereka di Seri Kembangan, Selangor.

Setelah meneliti dan menghasilkan pelbagai minyak wangi secara underground, mereka mula memasarkan secara besar-besaran di pasaran Malaysia pada Mei 2022.

Alpha Series – Siri Pertama mengandungi Pheromone

Bermula Mei 2022, Alpha Series mula dilancarkan dan cuba menerobos pasaran minyak wangi di Malaysia. Menurut mereka, sasaran mereka adalah peminat minyak wangi yang inginkan wangian yang berkualiti, memikat dan menggoda.

Alpha Series bukanlah minyak wangi biasa. Ini kerana ia mengandungi 25mg pheromone per oz bagi setiap 50ml wangian mereka. Wangian premium ini dibotolkan di dalam botol kaca yang unik dicustom khas untuk jenama mereka. Tidak seperti minyak wangi murah di pasaran ketika ini yang rata-ratanya menggunakan botol yang lebih kurang sama kerana kesemua mereka merupakan produk OEM dari kilang-kilang sama di Malaysia. Berbeza dengan Alpha Series yang di hasilkan menggunakan tangan (hancrafted). Ini adalah kerana mereka ingin menjaga kualiti setiap wangian yang mereka hasilkan.

Dijangka pada tahun 2022 ini mereka akan lancarkan 7 version di bawah Siri Alpha ini. Yang sudah ada di pasaran ketika ini adalah Alphamale V1 dan Alphafemale V1

Alpha Series Version 1 menggunakan Pheromone yang memfokuskan pada SOCIAL DOMINANCE, LOVE & RESPECT!

Alphamale V1 dan Alphafemale V1 diseimbangkan dengan pheromone yang memfokuskan pada social dominance,love & respect. Ini bermakna wangian ini memberikan kesan ketika anda bersosial dengan rakan-rakan di luar, tempat kerja, dating dan lain-lain lagi. Biasanya kesan mudah yang anda akan lihat ketika menggunakan minyak wangi ini adalah orang-orang disekeliling anda jadi lebih mudah mesra dan sukakan anda. Ini memang sangat-sangat menarik!

Pheromone perfumes Malaysia

Jika anda bandingkan Alpha Series dengan perfume yang mengandungi pheromone yang terkenal di Malaysia seperti Phero-X, Pheromances, Pherolab+, Pheromiss, Pherolins, Mystqiue Swiss dan lain-lain lagi jenama yang baru muncul akhir-akhir ini.. Saya boleh katakan ia bagai langit dan bumi!

Saya ulas kenyataan saya ini dalam bahasa yang lebih mudah iaitu, kualiti dan rasa premium yang ditawarkan oleh Alpha Series jauh lebih baik dari pheromone perfumes yang kami pernah jumpa di Malaysia. Jujur saya cakap, pheromone perfume selain dari yang saya sebutkan tadi, terutama yang baru-baru muncul sejak 3,4 tahun ini sebenarnya hanya menumpang populariti Phero-X yang sangat popular di Malaysia sejak 2005. Dari segi bahasa jualannya kita dapat tahu, yang mereka seolah-olah ‘meniru’ model perniagaan sahaja tetapi produk yang ditawarkan sangat-sangat mengecewakan.

Ini tidak berlaku pada Alpha Series with Pheromone Booster, kerana kaalau dilihat dari bungkusanya sahaja anda dapat rasa feel premium tersebut. Botol custom yang unik juga boleh dijadikan koleksi bagi peminat-peminat perfumes dan kualiti wangiannya memang TOP-NORCH!

pheromone perfumes

Alpahamale V1

Memang sesuai untuk lelaki bujang mahupun sudah berumahtangga. Pheromone perfume Alphamale V1 ini menbuatkan keyakinan diri anda meningkat 100% dan menjadikan diri anda lebih memikat, menggoda dan mempersona. Lelaki yang menggunakan Alphamale V1 sudah tentu paling menarik di kalangan lelaki lain jika dikumpulkan beramai-ramai.

copulins perfumes

Alphafemale V1

Kami boleh jamin ini adalah copulins perfumes paling wangi dan mewah yang kami pernah jumpa. Penggunaan top notes, middle notes dan bas notes yang sangat menarik meninggalkan kesan mewah yang menjadikan wanita yang menggunakannya berada pada satu level berbeza dari wanita lain. Anda mesti cuba!

Dapatkan harini kerana stok mereka sangat terhad!

Beberapa rakan kami telah terlepas peluang untuk mencuba wangian ini pada kali pertama dilancarkan secara offline, ini kerana mereka menghasilkannya pada kuantiti yang sedikit (kerana campuran menggunakan tangan oleh perfumist mereka). Pada jualan pertama secara online untuk abtch pertama kali ini, dikhabarkan hanya akan ada 500 unit sahaja. Pastikan anda dapatkan minyak wangi instimewa dengan pheromone dan copulins ini hari ini. Kami jamin anda pasti berpuas hati!

Continue Reading

Produk

Phero-X bukan sekadar perfume, hormon memikat bak minyak pengasih

Published

on

phero-x

Phero-X bukanlah asing di kalangan peminat minyak wangi di Malaysia. Sejak dilancarkan di pasaran Malaysia pada 2005, sehingga kini permintaan untuk produk perfume atau minyak wangi itu semakin meningkat. Mungkin bagi anda yang belum pernah mencuba,pasti tertanya-tanya kenapa minyak wangi ini mendapat masih mendapat permintaan walaupun sudah lebih 10 tahun di pasaran. Sudah tentu ada yang lebih istimewa selain baunya yang wangi itu.

(more…)

Continue Reading

Trending